P. Ramlee - Tunggu Sekejap

Tunggu sekejap
Wahai kasih
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmaraku 
Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas ku bercumbu
Dengan dinda

Tunggu sekejap
Wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari kudendang
Jangan mengenang orang jauh 

Jangan pulang jangan tinggalkan
Daku seorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

Tags: #P. Ramlee #Indonesia